Search This Blog

Saturday, January 1, 2011

aku ada stalker, kau ada?

Salam all.

hello! Happy New Year 2011 everyone! Wah da masuk tahun baru kan. kejap je rasa. setiap kali masuk tahun baru, ramai yang akan berazam. termasuk la aku. ada azam sebelum2 ni aku dapat tunaikan dan ada yang belum berjaya lagi. dan aku berdoa tahun 2011 ni memberi 1001 kebaikan dalam hidup aku dan kalian juge :)

cerita tentang tahun baru ni. tahun baru bermakna,sessi persekolahan pon baru juga. tahun ni aku masih lagi bawa kelas dari tahun 4 yang aku pegang masa awal2 posting kat sekolah ni. dan sekarang, bdk2 ni dah tahun 6. aku selaku guru kelas amat lah risau. so far, ni 3 tahun berturut2 aku mengajar tahun 6 cuma, menjadi guru kelas tahun 6 merupakan satu cabaran lain plak. kalau dulu, aku perlu kan pada satu subjek iaitu Science. tapi tahun ni, aku kena ambil berat keseluruhan subjek anak2 aku. fuh~ bukan senang dpt tanggungjawab jadi guru kelas ni. bukan soal bebanan kerja, tapi soalnya berjayakah aku membentuk anak2 aku menjadi yang terbaik. oh ye, buat pengetahuan korang, kelas aku kalau ikut ranking, budak2 nya yang ke-3 dari 4 kelas :p so, memang bdk2 yang sederhana. yang ok2 suma aku dah pindahkan ke kelas yang lebih baik. lebih kurang 5 org anak aku dipindahkan ke kelas yang lebih baik. walaupun sayang, tapi aku fikirkan ini utk kebaikkan dorg. aku tak boleh nak pentingkan diri kan. sebab yang nak perlukan kejayaan adalah mereka.

ok, next. nak cita psl ape lak? haha. pagi ni, awal2 mood dah kene kacau. aku dpt sms dari nombor tak dikenali. aku x cam langsung tu nombor sapa. dalam msg tu dia tanya betul ke ni "cik shashazura" aku mcm pelik. dah sape lak yg kenal aku ni? aku bukannya artis nak dikenali ramai. hahaha. aku x jawab ye atau bukan, aku terus tanya dia sapa. pastu, org tu mcm yakin je dia sms pd cik shashazura yg betul. aku dah tak sedap hati, bila dpt je msg sterusnya, words pertama yang kluar "oh SH*T!" ni memang spontan tau. hahaha. nak tau sapa? my ex. ex mane ni shasha? ramai sgt ex kau! hahahaha. ni ex 4 tahun lepaih nya cita. aku dah memang xnak ada ape2 hubungan pun ngan dia. dia pon dah kawen dengan gadis yang dipuja2 tu. haha. tp dari apa yang dapat simpulkan, dalam setahun pasti akan ada msg dari dia walaupun sekali. dan msg kali ni memang mengejutkan aku sebab skrg dia offshore bahagian Miri dan Bintulu. What the HELLo Kitty kan? dua2 bandar tu agak kerap aku pegi. bintulu tu dah memang jd bandar aku berurusan dan akan every month turun sana. aku harap sgt xkan bertembung dgn dia. and guess what.. dia ingat aku ada kat sarawak skrg to be specific, kat MIRI. kalo tak dia nak ajak jumpa. huh?! hello! dulu time ngah becintan cintun dgn aku, taknak plak layan aku mcm ni kan. nak ajak jumpa pon mcm2 alasan! jantan ke jantan mcm ni? aku geram btoi la. aku ingat dah kawen,takyah dah contact aku. dah ni ape ni? aku bkn nak bermusuh atau berdendam. tapi aku lebih tenang kalau dia tak contact aku langsung. aku tak kisah apa yang dia nak buat. sebab dia dah ada life dia. cuma bila jadi macam ni, gaya msg pon lain macam. sempat lagi pesan sampaikan salam pada mak aku. pastu dia kata nanti nak msg lagi. hadoi la. memang aku xkan layan msg kau dah la pasni.


fuh.. ok. lega dah luah kat sini. haha. kesimpulan yang boleh dibuat, korang tau tak, sesungguhnya taufufa tu sangat lazat okay! hahaha. okey, jemput makan :p


No comments: