Salam all.
Esok aku akan berangkat pulang ke sarawak. setelah seminggu aku dapat "extra" cuti, isnin ni aku akan mulakan tugas aku sebagai guru di sekolah pedalaman. ni merupakan tahun ketiga aku berada di sana. mcm tak sangka. tak pernah terfikir akan berada di sarawak selama 3 tahun. rasa macam baru semalam je aku dipostingkan. hehehe.
So,sekarang ni perasaan aku mcm biasa. perasaan yang berbaur. semua rasa ada. tapi kesimpulan yang aku dapat buat,aku rasa sedih. sedih sebab kena berjauhan dengan mak dan abah. bila la rezeki aku utk pindah semula ke semenanjung ye? aku dah 2 kali mencuba. tapi tak berjaya pon lagi. kecewa sangat dibuatnya. untuk meredakan kekecewaan tu aku pon sedapkan la hati,mungkin akan ada hikmahnya. Allah tu Maha Mengetahui segalanya kan. :)
aku mcm bersedia untuk mengajar semula tapi dalam masa yg sama ada juga perasaan mcm tak bersedia. hehe. dah ramai dah cikgu2 kat sekolah aku dok tanya bila aku akan pulang. haha. ye la,sy akan pulang esok! huu.
so, lepas ni, banyak aktiviti online aku akan berhibernasi semula. blog mungkin jarang dapat update memandangkan line di sana hanyalah gprs. kadang2 bila gian nak memblogging tu,ku gagahi jua walaupun line macam siput! tapi aku rasa aku akan aktif dengan twitter dan facebook. memandangkan dua application tu ada dlm whiteberryku. hehehe. jadi,mintak ampun kalau lepas ni nengok blog ni penuh sesawang ye. mungkin sekali sekala je dpt post blog.


1 comment:
selamat berbakti utk nusa dan bangsa.... huhuhu...
fuiyyyoooooo.... whiteberry.. huhu
Post a Comment