Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

parcel n etc




Salam all.

2 hari lepas aku dan mak abah g berjalan2 dan tidur di rumah abg aku kat Proton City, Tanjong Malim, Perak. Saje je, rindu plak kat anak2 sedara. hehehe. Sesampai je kat sana dah keluar dah segala game, UNO, Monopoly. Hey, sapa kata dah besar tak boleh main suma tu? Best okay. hahaha. sekurang2nya boleh la rasa bersantai2 sikit.

Semalam, gerak pulang. sampai je kat kl, kitorang lunch dlu kat Medan Ikan Bakar Bellamy. Memang heaven makan ikan bakar, sotong bakar kat sini. Sedap yang amat!! Alhamdulillah. Makan tak ingat dunia. Tak kisah sgt dah nasi tu, yang penting dapat ratah ikan bakar yang enak. hehehe. So, kpd yg tak pernah pergi, sila la berkunjung ye. :)

sotong tu sangat menggoda okeyyy!!

Sampai rumah, mak tekejut nampak macam ada kasut dkt luar rumah. "eh, kasut sapa tu sepasang kat depan rumah?!" saspen btoi soalan mak ni. bila aku dan abah tengok btoi2. laa, parcel dari ABX rupanya. aku pon mula2 pelik napa dapat parcel lak kan. rupa-rupanya.. jeng3..

******************

***********

****

**

*
tadaaa! my octopus! thank u CIMB (eleh, pdhal kene beli. haha)

hahaha. bikin kecoh je aku ni kan. bajet mcm tekejut plak org bg parcel (perasan tul!) :P hehe.

eh, ade cerita lama yang belum post lagi kat sini. sehari sebelum cuti sekolah, sekolah ada buat majlis perpisahan untuk guru2 yang berpindah (cheh, bkn aku dpt pindah pon). so, xsangka la plak malam tu nama aku ade sebut amek award. wah, mcm grammy award la plak. cuma xde red carpet je. haha. firstly, nama aku dipanggil utk menerima sijil penghargaan dari sekolah sebab aku ada memberi sumbangan dan mengharumkan nama sekolah. al kisahnya, aku dengan sorang cikgu lagi En. Edison kene in-charge utk Battlebot. mesti korg tak tau kan battlebot tu ape? Battlebot ni program di bawah PINTAR untuk sekolah2 anak angkat. sekolah aku ni anak angkat SIME DARBY. Program ni jugak kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kisahnya, 2 org murid sekolah ni berjaya menewaskan 9 buah sekolah di peringkat Borneo beberapa bulan lepas. seterusnya mereka berjaya menjadi wakil borneo ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur this dec, i guess. tapi tatau bila tarikhnya. Oleh sebab kejayaan yang tak disangka tu la guru besar beri aku penghargaan tu. dapat la hamper, tak sempat pon makan makanan kat hamper tu disebabkan aku malas nak bukak. esok pagi dah nak gerak balik bangi. so, masih tersimpan elok la hamper tu kat sarawak tu.

motif? haha. saje je la. persembahan tarian Orang Ulu masa ma

ni la battlebot

dan kerana battlebot aku dpt sijil penghargaan ni :)

ada envelope kecik belang2 tu ada keychain, sbb haritu aku jadi juri hakim untuk pertandingan kuiz asrama. haha. mcm2 la kan.

heee. ok la, nnt aku update lagi. ada banyak to-do-list aku utk this holiday tau. saksikanlahh! haha

1. tengok wayang
2. main bowling
3. makan2 di kenny rogers
4. karaoke-ing
5. window shopping
6. hving girls talk


*suma2 ni boleh je wat kat ALAMANDA :P

No comments: