
Salam :)
Semalam (13 Dec), aku, hami dan siti berfoto ria di Taman Botani,Putrajaya. Cuaca sangat baik haritu. Sampai je kat sana, berpusing-pusing mencari tempat untuk best shot. Hehe. Memang gigih la kita mencari-cari berpayungkan cahaya matahari yang tegak di kepala. Haha. Tapi hasilnya sangat mengujakan :) Credit to Siti.
Lepas berposing sakan, kitorang gerak ke Persint 9. Cari makanan untuk perut yang dah berdendang ria. Aku makan nasi campur berlaukkan seketul ayam kari dan 4 ekor udang. Teka harganya? RM 6! Oh, baik aku makan nasi tomato. Untung-untung lagi sedap kot? Haha. Panas yang terik tu membuatkan kami menjadikan sirap limau ais sebagai penyudah kepada derita dahaga. Haha. Dahaga gile okay!
Perut dah kenyang kan? Gerak ke mana lagi, Alamanda! Sampai je kitorang window shopping dulu. After that, aktiviti yang agak santai, kitorang g karaoke. Hehehe. Saje rilek-rilek sambil menegangkan anak tekak memasing. Hehehe. Cukup 1 jam. Kitorang gerak pulang.
Sebelum balik sempat la layan Baskin Robin dulu. Niat di hati nak makan fondue. Tapi takde plak. Takpe, next time jumpa kita makan fondue kat baskin lain lak eh? Hehehe. Thanks to Siti and Hami. Gembira sangat dapat jumpa korang :) *Hugs and Kisses*
Okay, layan gambar. (Copyright, Siti Mansor)



2 comments:
wah.. comelnye ai. hahaha.
no prob chacha. nnt kite lepakings lagik ye...
hehe. orait~ :D
Post a Comment