Search This Blog

Thursday, November 26, 2009

cerita hujung tahun


Salam all~

Sorry sebab dah lame tak update blog ni. Lately ni rasa macam malas sangat nak update blog. Kalau online pon selalunya layan facebook je. Addicted dah kot? Hehe.. Okay, sekarang dah mula cuti sekolah yang paaaanjangg. Haha. Lebih kurang sebulan camtu la cutinya. Tahun 2009 ni banyak cerita yang best dan tak best berlaku. Kita cerita yang best dulu la ek? Hee.

20hb Nov. Hari keputusan UPSR diumumkan. Hari tu jugak sekolah buat Majlis Penyampaian Hadiah. Kitorang yang guru-guru ni tunggu penuh sabar bila la GB nak umumkan result. Masa majlis berlangsung,aku nampak GB terima call. Lepas dia jawab call tu muka dia berubah sangat. Muka macam not very happy and macam frust je. Kitorang ni semua macam dah cuak jugak,mesti call from PPD tadi tu. Hurm.. Tak lama lepas tu, GB pon umumkan keputusan keseluruhan. Peratus yang lulus penuh menurun sebanyak 4%. Dengar memang macam tak best kan? Tapi, kitorang gembira bila dapat tau 4 orang dapat 5A. Alhamdulillah. Jumlah murid tahun 6 sekolah aku seramai 142 orang. Antara sekolah yang terbesar juga dalam daerah Belaga ni. Ada 4-5 orang yang dapat 4A 1B. Dan seramai 33 orang murid yang gagal sebab mismatch. Mismatch tu macam, 4 paper lulus tapi 1 paper gagal. Killer paper untuk tahun ni adalah English. Kebanyakkan yang gagal sebab gagal paper Bahasa Inggeris. Oh, aku sendiri frust! Aku pon jadi tak sabar nak tau bilangan murid kelas aku yang lulus penuh. Alhamdulillah, 6 orang lulus penuh! Dengar macam sikit je kan? Tapi dorang ni dari kelas yang paling lemah. Kiranya satu pencapaian yang memberangsangkan. Untuk subjek sains aku, seramai 15 orang dari kelas aku lulus. Alhamdulillah. Syukur.. :) Rasa berbaloi berpenat lelah sepanjang tahun ni. Huhu..
semasa hari Majlis Penyampaian Hadiah

6 orang murid dr kelas aku yang lulus penuh. Tahniah! :)

Lydia,imran,kelvin jack, sigah, joel dan lionel iyok.

sebahagian dari murid tahun 6 yang lulus penuh (yang berdiri)

Hari pertama cuti sekolah, aku dan 2 orang housemate aku dah plan untuk Projek Jalan TAR! Hahaha. Dengar macam gempak je kan. Padahal projek bershopping di Jalan TAR. Aku, Sand n Kak Gee, masing2 shopping sakan. Bermula di SOGO, mmg sales sana sini. Sempat beli blouse 2 helai. Kat Jalan TAR lak beli kain pasang. Hoho. Baju untuk mengajar tahun depan. Cewah. Haha. Kebetulan lak hari yang kitorang keluar tu hari gaji. Bulan ni gaji cikgu cikgi awal 2 hari dari kakitangan gment yang lain. Kenape tah. Sebab cuti sekolah kot?
kak gee bersame barangan shoppingnye

sandhora. mmg cemerlang mek ni bershopping!

cantikkan selendang ni?

Ok, kita cerita yang sedih plak. Tahun depan housemate aku dah berkurang 2 orang. Dua orang dapat pindah ke semenanjung, Kak Gee and Kak Salwa (my roomate). Arghh. Tak bestnya. So, dalam rumah tu nanti tinggal la kami bertiga je. :( Takpe la, rezeki dorang dapat pindah tahun ni. InsyaAllah ada rezeki, mungkin akan datang rezeki aku pulak. Doakan la ye :)

kak gee dengan adiah dari kelab staff.

kak salwa my roomate since kat maktab lagi. huhu

Untuk december ni aku dapat banyak jemputan kawin. 5hb je ade 5 kad jemputan. Haha. Pening kepala. Kene belah perut la ni gamaknya. Haha. Ade sesape nak temankan g majlis kawin tu? :"> Haha. Cuti ni takde plan pape sangat selain dari Projek Jalan TAR yang sangat berjaya itu. Hehehe. Teringin sangat nak nonton 2012 ngan makan kat Sushi King. Ade sesapa yang sudi ajak? Hahaha.

Eh lupa nak cita. Hujung Oktober lepas mak ngan abah datang melawat aku kat Sarawak ni. Hehehe. Best sangat. Kirenya bercuti sambil melawat anak la. Hahaha. Lebih kurang 5 hari kat Sarawak. 3 hari di Bintulu dan 2 hari di rumah aku. Sepanjang kat Bintulu tu best jugak la, kebetulan ada sambutan harijadi TYT Sarawak. So meriah la, ada festival layang-layang. Cantik sangat. Masa kat sekolah plak, mak ngan abah telah dipelawa oleh PK Ko-K aku, En. Luhat untuk bawak dorg g pusing-pusing sekitar Sg. Asap. Memang bertuah la, banyak tempat cikgu Luhat ni bawak. G rumah panjang, kawasan-kawasan kampung dan mengenali suku kaum yang ada. Huhu. Aku sendiri pon tak penah lagi dapat pusing-pusing sekitar kampung situ.
rumah panjang
rumah panjang lagi

mak dan abah bersama family Mrs. Luhat

yang paling kanan tu la PK Ko-K, En. Luhat








Macam-macam bentuk. haha

di Tamu Bintulu

di Masjid As-Syakirin, Bintulu

Pesta Layang-layang

Esok dah nak raya haji kan? Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat. Selamat berkorban ye. Jangan sampai terkorban diri dah la. Tahun ni aku raya bangi ni je. Jemput la datang beraya. :D

No comments: